PELANCARAN MODUL SEBUTHARGA
DAN TENDER ePEROLEHAN
Langkah-Langkah Penyertaan
Pembekal
Pengguna ePerolehan yang dihormati,
Mulai
5hb. Mei 2003, modul Sebutharga dan Tender sistem ePerolehan akan
dilancarkan kepada 14 agensi perintis Kerajaan.
Agensi-agensi
tersebut akan menggunakan sistem ePerolehan untuk membuat perolehan
secara Sebutharga dan Tender.Dengan
pelancaraan ini, para pembekal yang berminat untuk berurusniaga
dengan mana-mana agensi tersebut perlu menggunakan sistem ePerolehan.Proses Sebutharga dan Tender melalui ePerolehan yang melibatkan
pembekal adalah seperti gambarajah.
Para
pembekal dinasihatkan mengambil langkah-langkah berikut untuk
menyertai Sebutharga dan Tender melalui ePerolehan dengan
agensi-agensi Kerajaan yang terbabit.
LANGKAH
1 Memohon Kad Pintar
Pembekal
perlu memiliki sekurang-kurangnya satu kad pintar untuk
menggunakan sistem ePerolehan. Harga satu kad pintar ialah
RM110, terhad kepada 2 kad pintar yang pertama; bagi kad
ketiga dan seterusnya, harga adalahRM160.
Permohonan hendaklah dibuat
dengan mengisi Borang
Pesanan Kad Pintar, dan menyerrtakan satu salinan kad pengenalan pemohon dan bayaran
melalui cek, wang pos, kiriman wang atau deraf bank kepada Commerce
Dot Com Sdn. Bhd.
Pastikan
anda mendapatkan Kad Pintar anda segera sebelum anda terlepas
tarikh akhir penghantaran kertas cadangan Sebutharga atau
Tender. Pemprosesan dan penghantaran
permohonan Kad Pintar dan nombor PIN akan memakan masa 14 hari
bekerja. Penghantaran akan dibuat oleh Pihak Berkuasa
Pensijilan atau Certificate Authority (CA) melalui pos
laju.
Selepas
menerima Kad Pintar dan nombor PIN, anda dinasihatkan supaya
mengambil 2 hari untuk membiasakan diri anda dan menguji
keberkesanan Kad Pintar anda.
Nota:
Commerce Dot Com Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab ke
atas sebarang kelewatan penyerahan kertas cadangan Sebutharga
dan Tender disebabkan kelewatan
penghantaran Kad
Pintar dan keberkesanan penggunaannya.
LANGKAH
3 Menyediakan Infrastuktur PC
Dua
keperluan asas infrastruktur untuk berurusniaga melalui
ePerolehan adalah seperti berikut:
Alat
Pembaca Kad Pintar boleh dibeli di mana-mana ePShoppeyang berdekatan atau dari mana-mana Pembekal Alat Pembaca Kad Pintar yang dilantik. Harga
alat
pembaca kad pintar adalah di dalam lingkungan RM 120 -200.
(Adalah
dinasihatkan bahawa pembekal yang mempuyai Sistem
Pengoperasian XP untuk membeli Alat Pembaca Kad Pintar
berjenis USB port dari mana mana jenama.)
LANGKAH 4 Menyertai Kursus Sebutharga
dan Tender (Kod Kursus QT-EP)
Pembekal
diseru untuk menyertai latihan QT-EP untuk
mengetahui bagaimana cara mengunakan sistem ePerolehan sebelum
menyertai Sebutharga atau Tender dengan pihak Kerajaan. Latihan
ePerolehan ini menggunakan teknik latihan hands-on dalam
kelas.
Sila
rujuk Latihan
Pembekal di laman web ePerolehan atau telefon Khidmat
Bantuan Pelanggan di03
8312 2525 untuk maklumat lanjut atau email bantuan@eperolehan.com.my.
Nota:
Untuk kemudahan peserta yang memerlukan penginapan semasa
menghadiri kursus, pihak ePerolehan mengaturkan kadar sewa
bilik korporat dengan Hotel Midah Kuala Lumpur. Sila hubungi
Hotel Midah di nombor 03-2273 9999 dan merujuk nama Commerce
Dot Com Sdn Bhd kepada Bahagian Tempahan (Reservation Desk)
untuk mendapatkan kadar korporat tersebut. Sila buat urusan
tempahan dan pembayaran sewa bilik terus kepada pihak hotel.
Sila sertakan maklumat berikut untuk menyenangkan proses pendaftaran
kursus anda:
Nama:
Nama
Syarikat:
No.
Kementerian Kewangan:
-
No.
Telefon:
-
No.
Faks:
-
Emel
bulletin ini di sampaikan kepada anda kerana alamat emel terdapat
didalam sistem database ePerolehan kami. Jika anda tidak ingin
mendapatkan maklumat terkini dari ePerolehan, sila balas emel ini
dengan mesej unsubscribe Penafian
Polisi Anti-SPAM: Emel tidak dianggap spam selagi kami sertakan
alamat maklumbalas dan cara pembatalan / pemansuhan penyertaan
senarai emel. Pihak kami memohon maaf sekiranya emel ini dihantar
tanpa diminta. Penghantaran akan dihentikan sebaik sahaja pihak kami
dimaklumkan.