Saturday, 15 May 2004
Search
Home Glossary Search Contact Us Site Map
 
For Government Agency Users
» Supplier Registration Information Enquiry
» Related Information

 Links
» Ministry of Finance
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Email Bulletin

Sistem Perolehan Elektronik Kerajaan Malaysia
www.eperolehan.com.my

29 April 2003

PELANCARAN MODUL SEBUTHARGA 
DAN TENDER ePEROLEHAN

Langkah-Langkah Penyertaan Pembekal

Pengguna ePerolehan yang dihormati,

Mulai 5hb. Mei 2003, modul Sebutharga dan Tender sistem ePerolehan akan dilancarkan kepada 14 agensi perintis Kerajaan.
 

Agensi-agensi tersebut akan menggunakan sistem ePerolehan untuk membuat perolehan secara Sebutharga dan Tender. Dengan pelancaraan ini, para pembekal yang berminat untuk berurusniaga dengan mana-mana agensi tersebut perlu menggunakan sistem ePerolehan. Proses Sebutharga dan Tender melalui ePerolehan yang melibatkan pembekal adalah seperti gambarajah.  

Para pembekal dinasihatkan mengambil langkah-langkah berikut untuk menyertai Sebutharga dan Tender melalui ePerolehan dengan agensi-agensi Kerajaan yang terbabit.

LANGKAH 1 Memohon Kad Pintar

Pembekal perlu memiliki sekurang-kurangnya satu kad pintar untuk menggunakan sistem ePerolehan. Harga satu kad pintar ialah RM110, terhad kepada 2 kad pintar yang pertama; bagi kad ketiga dan seterusnya, harga adalah  RM160.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Pesanan Kad Pintar , dan menyerrtakan satu salinan kad pengenalan pemohon dan bayaran melalui cek, wang pos, kiriman wang atau deraf bank kepada Commerce Dot Com Sdn. Bhd.  

Pastikan anda mendapatkan Kad Pintar anda segera sebelum anda terlepas tarikh akhir penghantaran kertas cadangan Sebutharga atau Tender. Pemprosesan dan penghantaran permohonan Kad Pintar dan nombor PIN akan memakan masa 14 hari bekerja. Penghantaran akan dibuat oleh Pihak Berkuasa Pensijilan atau Certificate Authority (CA) melalui pos laju.

Selepas menerima Kad Pintar dan nombor PIN, anda dinasihatkan supaya mengambil 2 hari untuk membiasakan diri anda dan menguji keberkesanan Kad Pintar anda.

Nota: Commerce Dot Com Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan penyerahan kertas cadangan Sebutharga dan Tender disebabkan kelewatan penghantaran Kad Pintar dan keberkesanan penggunaannya.

LANGKAH 3 Menyediakan Infrastuktur PC

Dua keperluan asas infrastruktur untuk berurusniaga melalui ePerolehan adalah seperti berikut:

  1. Komputer yang dilengkapi dengan modem
  2. Akaun Internet (TMNet,  Jaring , Time, Maxis

Sila rujuk keperluan sistem di dalam laman web kami.  

LANGKAH 2 Membeli Alat Pembaca Kad Pintar
Alat Pembaca Kad Pintar boleh dibeli di mana-mana ePShoppe yang berdekatan atau dari mana-mana Pembekal Alat Pembaca Kad Pintar yang dilantik. Harga alat pembaca kad pintar adalah di dalam lingkungan RM 120 -200. 
 
(Adalah dinasihatkan bahawa pembekal yang mempuyai Sistem Pengoperasian XP untuk membeli Alat Pembaca Kad Pintar berjenis USB port dari mana mana jenama.)  

LANGKAH 4 Menyertai Kursus Sebutharga dan Tender (Kod Kursus QT-EP)

Pembekal diseru untuk menyertai latihan QT-EP untuk mengetahui bagaimana cara mengunakan sistem ePerolehan sebelum menyertai Sebutharga atau Tender dengan pihak Kerajaan. Latihan ePerolehan ini menggunakan teknik latihan hands-on dalam kelas.

Permohonan latihan boleh dibuat dengan mengisi Borang Kursus ePerolehan (Kod Kursus QT-EP). 

Harga latihan QT-EP: RM 400 bagi setiap peserta (2 hari).

Tempat Latihan: Pusat Latihan ePerolehan, Wisma Tun Sambathan, Kuala Lumpur

Sila rujuk Latihan Pembekal di laman web ePerolehan atau telefon Khidmat Bantuan Pelanggan di  03 8312 2525 untuk maklumat lanjut atau email bantuan@eperolehan.com.my.

Nota: Untuk kemudahan peserta yang memerlukan penginapan semasa menghadiri kursus, pihak ePerolehan mengaturkan kadar sewa bilik korporat dengan Hotel Midah Kuala Lumpur. Sila hubungi Hotel Midah di nombor 03-2273 9999 dan merujuk nama Commerce Dot Com Sdn Bhd kepada Bahagian Tempahan (Reservation Desk) untuk mendapatkan kadar korporat tersebut. Sila buat urusan tempahan dan pembayaran sewa bilik terus kepada pihak hotel.  




Sila sertakan maklumat berikut untuk menyenangkan proses pendaftaran kursus anda:

Nama:  
Nama Syarikat:  
No. Kementerian Kewangan:       -                
No. Telefon:       -                
No. Faks:       -                

Emel bulletin ini di sampaikan kepada anda kerana alamat emel terdapat didalam sistem database ePerolehan kami. Jika anda tidak ingin mendapatkan maklumat terkini dari ePerolehan, sila balas emel ini dengan mesej
unsubscribe
Penafian Polisi Anti-SPAM: Emel tidak dianggap spam selagi kami sertakan alamat maklumbalas dan cara pembatalan / pemansuhan penyertaan senarai emel. Pihak kami memohon maaf sekiranya emel ini dihantar tanpa diminta. Penghantaran akan dihentikan sebaik sahaja pihak kami dimaklumkan.

2003 Commerce Dot Com Sdn Bhd, hak cipta terpelihara.

 
 Arkib