Selasa, 09 Mei 2006 | ||||||||
|
|
|||||||
|
Pengumuman
Commerce Dot Com akan menyertai Program Gerak Usahawan 2005 peringkat Negeri Kedah yang akan diadakan pada 25 Jun hingga 26 Jun 2005 di Dewan Besar Bandaraya Alor Setar dan di Hotel Holiday Villa, Alor Setar. Program ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Kamsiyah Binti Yeop, Timbalan Menteri Pembangunan dan Koperasi, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Objektif penganjuran adalah selaras dengan tema Kementerian yang baru iaitu "Keusahawanan Kerjaya Pilihan". Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berhasrat untuk menggalakkan masyarakat Bumiputera menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan mereka. Untuk makluman, pegawai-pegawai daripada ePerolehan akan membantu para pembekal di sekitar negeri Kedah. Mereka akan menjawab segala persoalan dan masalah mengenai sistem ePerolehan dan yang berkaitan. Pegawai ePerolehan juga akan membantu pembekal yang ingin membuat pendaftaran baru dengan Kementerian Kewangan, permohonan tambah bidang, pembaharuan, permohonan kad pintar dan sebagainya. Pembekal juga boleh mendapatkan naskah ePerolehan Direktori edisi pertama yang baru dilancarkan dan juga alat pembaca kad pintar. Untuk maklumat lanjut bolehlah layari : www.mecd.gov.my Aktiviti yang akan dijalankan khusus oleh pihak ePerolehan ialah: Hari Pertama, Sabtu (25 Jun 2005)
Hari kedua, Ahad (26 Jun 2005)
Sekiranya berminat, sila isi borang. |
|
© 2000-2005 Commerce Dot Com Sdn Bhd.
Semua hakcipta terpelihara. Syarat-syarat Perkhidmatan
|