Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.
Berikutan daripada pertukaran domain portal ePerolehan, semua agensi yang menggunakan talian EG*Net dikehendaki mengambil langkah-langkah yang berkenaan. Sila klik disini untuk langkah-langkah mengemaskini. Sila klik disini untuk memuat turun fail hosts.txt. Untuk sementara waktu capaian menggunakan www.eperolehan.com.my masih dibolehkan. Sekian dimaklumkan dan segala kesulitan adalah amat dikesali.
Sesi Taklimat Pembekal Di Port Dickson, 18-19 Mac 2007
Unit ePerolehan, Kementerian Kewangan dengan kerjasama Commerce Dot Com Sdn. Bhd. (CDCSB) akan mengadakan satu sesi taklimat bersama pembekal bagi pembekal-pembekal di sekitar Negeri Sembilan. Maklumat berkenaan taklimat berkenaan adalah seperti yang berikut:
Tarikh : 18 Mac 2008 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 4
Politeknik Port Dickson
KM 14, Jalan Pantai,
71050 Si Rusa,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Adalah dimaklumkan bahawa domain portal sistem ePerolehan www.eperolehan.com.my akan ditukarkan kepada www.eperolehan.gov.my bermula pada 10 Mac 2008.
Sekian dimaklumkan dan segala kesulitan amat dikesali.
Adalah dimaklumkan berkuatkuasa serta merta, semua proses permohonan untuk Medium Akses eP - MyKad dihentikan buat sementara waktu. Ini berikutan kerja - kerja penyelenggaraan yang perlu dilakukan.
Anda masih boleh memohon Medium Akses eP yang lain, seperti - MyeP Kad, ePXS USB Token atau ePXS Plus USB Token.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Adalah dimaklumkan berikutan daripada pelaksanaan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) sebagai Jabatan Mengakaun Sendiri (SAD) oleh Jabatan Akauntan Negara (JAN). Akses bagi pengguna-pengguna Sistem ePerolehan di KHEDN yang menggunakan semakan peruntukan di SAD KKDN akan ditutup bermula pada 28 Januari 2008 hingga 3 Februari 2008. Pengguna-pengguna Sistem ePerolehan di KHEDN yang terlibat dengan aktiviti ini akan menyemak peruntukan mereka di SAD KHEDN yang baru bermula 4 Februari 2008. Sebarang kesulitan amatlah dikesali
Satu kaunter perkhidmatan ePerolehan telah dibuka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bermula dari 14 Januari 2008. Lokasi kaunter adalah di:
Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
Tingkat 2, Putra Place,
100, Jalan Putra,
50622 Kuala Lumpur.
Masa operasi: 8.15 pagi hingga 4.30 petang (Isnin – Jumaat)
Kaunter ini menawarkan khidmat nasihat dan penerangan berkenaan prosedur pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia melalui ePerolehan.
Kepada pembekal yang membuat bayaran menggunakan perkhidmatan bayaran kredit
terus melalui Maybank, sila fakskan salinan slip bayaran dengan menyatakan
nombor Kementerian Kewangan, nama dan nombor telefon Syarikat ke talian faks
Commerce Dot Com Sdn. Bhd. 03-7985 7800 atau 03-7985 7944 bagi memastikan
pembayaran anda dapat diproses dengan lancar. Terima kasih.
Arkib Notis : 1. Tuntutan Sijil Pendaftaran Dikembalikan. Selanjutnya... 2. Pembayaran Pendaftaran Kementerian Kewangan. Selanjutnya... 3. Pembekal akan kehilangan peluang untuk bertransaksi, selanjutnya... 4. Mini eP Shoppe baru. Selanjutnya... 5. Sesi Tunjuk Ajar Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan. Selanjutnya... 6. Makluman Kepada Pembekal di Sabah dan Sarawak. Selanjutnya... 7. Syarat pembekal untuk menjadi ePerolehan Diperboleh, Selanjutnya...
Hubungi kami:
Alamat:
Kaunter Perkhidmatan ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
Tingkat Satu, Wisma Amtek
No.15, Jalan Tandang
46050 Petaling Jaya
Selangor.