Jumaat, 23 Julai 2004
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Bilik Berita
e-Perolehan: 80 peratus pembekal kerajaan belum bersedia

e-Perolehan: 80 peratus pembekal kerajaan belum bersedia

Utusan Malaysia, Ekonomi - 11 Jun 2002
Artikel di Utusan Malaysia Online »

KUALA LUMPUR 10 Jun - Sebanyak 80 peratus daripada kira-kira 30,000 pembekal kerajaan belum mempersiapkan diri mereka dengan pengetahuan dan infrastruktur yang perlu untuk berurusan menggunakan sistem e-Perolehan.

Naib Presiden Operasi Perniagaan Commerce Dot Com Sdn. Bhd., Zaharin Ali berkata, Kementerian Kewangan telah menetapkan 17 Jun ini untuk memulakan urus niaga pembelian terus pembekal kerajaan menggunakan sistem e-Perolehan.

Dengan pelaksanaan sistem ini, katanya, pusat-pusat perolehan kerajaan atau PTJ (Pusat Tanggungjawab), bermula dengan pusat-pusat di Lembah Klang, akan hanya membuat pembelian daripada pembekal yang berdaftar dan menyenaraikan barangan dan perkhidmatan mereka menerusi e-Perolehan.

Menurutnya, pembekal hanya perlu mereka bentuk dan mengemukakan katalog elektronik barangan dan perkhidmatan mereka untuk dimuatkan ke dalam e-Perolehan supaya para pembeli kerajaan boleh melihat produk dan perkhidmatan mereka menerusi katalog elektronik.

Beliau berkata, ini bermakna semua pembekal kerajaan, yang pada masa ini berjumlah 30,000 di seluruh negara perlu menggunakan e-Perolehan untuk terus berurusan dengan kerajaan.

“Walaupun kempen kesedaran telah dimulakan sejak tahun 2000 lagi tetapi kebanyakan pembekal kerajaan terbabit mengambil sikap tunggu dan lihat.

“Namun, kerajaan tidak akan menunggu mereka. Projek e-perolehan akan diteruskan dan mereka yang ketinggalan berkemungkinan akan kehilangan perniagaan,'' katanya kepada Utusan di sini, hari ini.

Sistem e-Perolehan ialah sebuah sistem perolehan terkini yang dibangunkan bersama dan dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan dan Commerce Dot Com.

Sistem itu membolehkan semua pusat perolehan kerajaan di Malaysia membeli produk dan perkhidmatan menerusi Internet.

e-Perolehan ialah antara aplikasi utama e-kerajaan yang pertama dan terbesar dalam inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC). Projek ini diberikan kepada Commerce Dot Com pada tahun 1999.

Zaharin berkata, pihaknya menyeru pembekal-pembekal kerajaan yang masih belum mempersiapkan diri mereka untuk e-perolehan supaya menyertai seminar anjuran Kementerian Kewangan dan Commerce Dot Com pada 13 Jun ini.

Seminar yang akan diadakan di Shah Alam itu, katanya, akan diperluaskan ke seluruh negara selepas menerima maklum balas daripada 21,000 surat jemputan yang dikirim kepada pembekal kerajaan di seluruh negara.

Menurutnya, pembekal kerajaan yang berminat menyertai seminar itu secara berkelompok atau menerusi persatuan dan dewan perniagaan masing-masing juga boleh menelefon 03-83122525 atau emel : bantuan@eperolehan.com.my

Zaharin berkata, dua modul iaitu pendaftaran pembekal dan kontrak pusat sistem e-dagang kerajaan kepada perniagaan (G2B), sudahpun dilancar kan sejak Oktober 2000 dan berfungsi sepenuhnya.

Modul-modul pembelian langsung telah siap dan dilancarkan pada 10 Mei lalu, manakala modul tender masih sedang dibangunkan dan akan dilancarkan lewat tahun ini kata beliau.

 
 Arkib

CetakLaman Cetak