Khamis, 25 Mei 2006
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Kenyataan Akhbar dan Artikel
31,000 pembekal dijangka gagal raih kontrak kerajaan RM10 bilion

31,000 pembekal dijangka gagal raih kontrak kerajaan RM10 bilion

Oleh: Amran Ahmad
Utusan Malaysia, Ekonomi - 6 Januari 2003

CYBERJAYA 5 Jan. - Seramai 31,000 pembekal berdaftar dengan Kementerian Kewangan dijangka gagal mendapat projek-projek pembekalan kerajaan bernilai sehingga RM10 bilion mulai 1 Februari ini kerana tidak memohon kad pintar yang berharga RM110.

Ketua Eksekutif Commerce Dot Com., Datuk Mohd. Salleh Masduki berkata, pasaran yang bernilai antara RM8 bilion hingga RM10 bilion akan hanya dibuka untuk 5,000 pembekal sahaja.

Bercakap dalam satu pertemuan dengan Utusan Malaysia di sini baru-baru ini, katanya, hanya pembekal yang mempunyai kad pintar akan dapat menjalankan urus niaga e-Perolehan, satu sistem yang mengendalikan segala urusan pembelian keperluan kerajaan yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Kad pintar itu merupakan sebahagian keperluan yang harus ada selain alat pembaca kad dan komputer peribadi yang mampu mengendalikan perisian internet bagi menggunakan sistem berkenaan.

Beliau menambah, e-Perolehan yang kini melaksanakan sistem pembelian langsung dan kontrak berpusat akan diperluaskan kepada modul sebut harga dan tender seperti yang dirancangkan.

``Kami bersedia melaksanakan semua perkhidmatan ini dengan tiga buah pusat maklumat yang mampu mengendalikan tiga transaksi dalam masa sesaat menerusi keupayaan 155 megabait,'' kata Mohd. Salleh.

Mengulas lanjut, ujar beliau, mulai tarikh berkenaan, semua urusan pembelian produk dan perkhidmatan di bawah Kontrak Pusat perlu dilakukan berdasarkan katalog yang terdapat dalam e-Perolehan.

Katanya, surat pekeliling mengenai perkara itu telah dikeluarkan oleh pejabat Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Samsudin Hitam kepada semua ketua jabatan persekutuan dan kerajaan negeri.

Beliau menambah, pihaknya juga turut memaklumkan kepada pihak berkenaan menerusi beberapa medium lain seperti e-mel dan surat.

Ditanya punca yang menyebabkan pembekal gagal memiliki kad itu, Mohd. Salleh berkata, sikap `tunggu dan lihat' serta tidak mahu merubah mengikut peredaran masa serta perkembangan teknologi terkini dikenal pasti sebagai penyebab utama.

Beliau berkata, faktor lain pula ialah, kekurangan infrastruktur dan prasarana berteknologi tinggi di beberapa kawasan terpencil di seluruh negara yang menghadkan tahap penglibatan usahawan dalam era siber.

``Ini diburukkan lagi dengan kurangnya kemahiran menggunakan teknologi komunikasi teknologi (ICT) terutama bagi perbadanan kecil dan sederhana (SME) dan perniagaan mikro,'' tambahnya.

 
 Arkib

CetakLaman Cetak