Jumaat, 16 Jun 2006
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Kenyataan Akhbar dan Artikel
Daftar atau hilang peluang - Azizan

Daftar atau hilang peluang - Azizan

Utusan Malaysia, Ekonomi - 12 Januari 2006

Kuala Lumpur 11 Jan. - Para pembekal kerajaan yang berdaftar tapi masih belum lagi mempunyai sistem ePerolehan dinasihatkan mendapatkannya jika tidak mahu kehilangan peluang berurusniaga dengan Kerajaan.

Pengarah Eksekutif Commerce Dot Com Sdn. Bhd., Datuk Azizan Ayob berkata, pihaknya yang diberi konsesi oleh kerajaan untuk melaksanakan ePerolehan dan menjayakan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) sebelum tahun ini, akan bertegas dalam melaksanakan sistem itu secara menyeluruh.

Katanya, pembekal boleh kehilangan peluang perniagaan kerana Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2003, mewajibkan semua PTJ membuat pembelian hanya daripada pembekal di sistem ePerolehan. Tambahnya, arahan ini diperkuatkan lagi dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 2004.

"Terdapat 30,000 pembekal kerajaan yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang masih belum mempunyai infrastruktur yang lengkap bagi mengakses sistem ePerolehan ini", katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, mereka ini bukan sahaja tidak mengikuti kursus untuk sistem tersebut, malah masih tidak mempunyai kad pintar serta pembaca kad pintar bagi mengakses perkhidmatan ePerolehan itu. Katanya, kegagalan menggunakan perkhidmatan tersebut menyebabkan pembekal terlepas peluang untuk membuat bekalan yang lebih luas ke setiap jabatan kerajaan ke seluruh negara.

Kata Azizan, sistem ePerolehan membantu pembekal membantu mengurangkan kos pemasaran dan menjimatkan kos pengurusan serta pentadbiran. Selain itu katanya, sistem itu akan memberi ketelusan dalam setiap proses urusniaga dan menerima bayaran daripada pihak Kerajaan seawal tempoh tuju hari melalui sistem Pemindahan Dana Secara Elektronik (EFT).

"Ia juga menolong mempelbagaikan produk untuk pasaran yang lebih besar dan tidak terlalu tertumpu kepada sesuatu produk atau perkhidmatan sahaja," tambah beliau.

 
 Arkib

CetakLaman Cetak