Friday, October 18, 2002
Cari
Muka Depan Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
Log Masuk • Daftar »
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan

Klik di sini

 Pautan Berkaitan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

 
Tawaran Istimewa Langganan Katalog ePerolehan

Dapatkan rebet wang tunai* and langganan katalog PERCUMA selama 6 bulan** di ePerolehan. Tawaran ini hanya untuk 1000 langganan pertama yang diterima pada atau sebelum 30 September 2002.

* rebet wang tunai sebanyak RM125 - RM800 bergantung kepada pakej yang dilanggani.
** tambahan 6 bulan PERCUMA dengan pendaftaran tahunan semasa tawaran ini. Pelanggan akan menerima penjimatan sebanyak RM150 - RM2,100 bergantung kepada pakej yang dilanggani.

Peraturan dan Syarat-syarat:

  1. Menerbitkan sekurang-kurangnya 10 item katalog dalam sistem ePerolehan.
  2. Tawaran ini sah untuk pakej langganan Katalog eP Starter dan ke atas sahaja.
  3. Bayaran sewa langganan 12 bulan hendaklah dibuat semasa pendaftaran pakej.

Baucer Wang Tunai pada Tawaran Diskaun 50%

Untuk pembekal Kerajaan yang memerlukan perkhidmatan memasukkan data (data entry), anda boleh membeli baucar wang tunai RM75 pada tawaran diskaun 50%. Baucer ini:

  1. Mesti diserahkan kepada salah satu Pusat Perkhidmatan ePerolehan (ePSP) yang dilantik oleh Commerce Dot Com Sdn. Bhd. dalam tempoh 14 hari daripada tarikh baucer dikeluarkan untuk mendapatkan perkhidmatan daripada pusat-pusat ini.
  2. Boleh dibeli di eP Shoppe, ePSP atau Commerce Dot Com Sdn Bhd.
  3. Memberi hak kepada Syarikat untuk mendapatkan perkhidmatan memasukkan data sahaja untuk maksimum sepuluh (10) item katalog produk/perkhidmatan dan tidak termasuk penggambaran digital/caj pengimbasan.
  4. Setiap syarikat dibenarkan membeli lebih daripada satu baucer. Salinan fotostat tidak diterima.
  5. Hanya untuk Syarikat yang sudah mempunyai ATAU yang telah memesan dan membayar Kad Pintar ePerolehan.
  6. Diperniagakan di dalam matawang Ringgit Malaysia.
  7. Tidak boleh dipindah milik atau ditukarkan untuk wang tunai.
  8. Sekiranya nilai perkhidmatan kemasukan data adalah kurang daripada nilai baucer, bakinya tidak akan dipulangkan.
  9. Tidak sah diperlakukan sekiranya tidak mempunyai cop syarikat dan tandatangan pihak berkuasa Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
  10. Commerce Dot Com Sdn. Bhd. tidak akan menggantikan/membayar balik tunai sekiranya baucer ini hilang, rosak atau diubahsuai.

Baucer boleh dibeli di:

Penolakan Hak:
Commerce Dot Com Sdn. Bhd. mempunyai hak untuk membatalkan baucer mana-mana Syarikat yang didapati melanggari peraturan dan syarat-syarat di atas dan sebarang pertikaian tidak akan dilayani. Commerce Dot Com Sdn. Bhd. juga berhak untuk membatalkan, mengubah, menahan atau menangguhkan peraturan dan syarat-syarat tersebut jika terjadi sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau di luar kawalan.

atasKembali ke atas