Rabu, 12 Februari 2003 | ||||||||
|
|
|||||||
|
Latihan
Terdapat dua jenis latihan yang ditawarkan Commerce Dot Com untuk melengkapkan para pembekal dengan pengetahuan dan latihan praktikal untuk menggunakan ePerolehan. Jenis latihan yang ditawarkan adalah Latihan Dalam Kelas dan Pembelajaran Multimedia (CBT). Latihan Dalam Kelas akan dijalankan oleh Commerce Dot Com di pusat latihan khas yang merangkumi kelas untuk mengendalikan latihan pengguna ePerolehan. Setiap kelas akan hanya mempunyai maksimum 20 pelatih untuk meningkatkan keberkesanan program latihan. Pelatih akan diajar oleh pengajar menggunakan kaedah praktikal atau cuba sendiri untuk membiasakan diri para pelatih bagaimana hendak menggunakan ePerolehan. Kurikulum kelas latihan adalah diiktiraf oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). 2. Pembelajaran Multimedia (CBT) Para pengguna dapat memuat turun program Pembelajaran Multimedia ke dalam komputer masing-masing untuk mempelajari bagaimana untuk menggunakan ePerolehan. Apabila telah dimuat turun, pengguna secara individu boleh mengikuti siri topik latihan sendiri untuk memahirkan mereka tentang penggunaan ePerolehan secara betul.
|
|
© 2000-2002 Commerce Dot Com Sdn Bhd.
Semua hakcipta terpelihara. Syarat-syarat Perkhidmatan
Talian Khidmat Pelanggan: 03-8312 2525 (Pembekal) 03-8312 2626 (Pengguna Kerajaan) bantuan@eperolehan.com.my (Pembekal) bantuanptj@eperolehan.com.my (Pengguna Kerajaan) |