Soalan-Soalan Lazim
(Versi Bahasa Inggeris)
Soalan-soalan Am
- Apakah ePerolehan?
- Siapakah Commerce Dot Com Sdn Bhd?
Soalan-soalan Mengenai Pendaftaran
- Mengapakah saya perlu berdaftar dengan ePerolehan selain daripada berdaftar dengan Kementerian Kewangan?
- Bilakah saya perlu berdaftar dengan ePerolehan?
- Bagaimanakah caranya untuk saya berdaftar dengan ePerolehan secara online?
- Apabila saya memasuki laman web ePerolehan, saya dapati banyak borang-borang yang boleh di "download". Borang manakah yang perlu saya "download"?
- Bolehkah saya menggunakan borang pendaftaran Kementerian Kewangan yang lama?
- Berapakah bayaran pendaftaran untuk permohonan baru/pembaharuan/permohonan pendaftaran semula?
- Bila dan kepada siapakah saya perlu membayar yuran pendaftaran?
- Pendaftaran saya adalah dengan Kementerian Kewangan; kenapa saya perlu membuat pembayaran kepada Commerce Dot Com?
- Bilakah saya boleh mengambil bahagian dalam ePerolehan?
Soalan-soalan Teknikal
- Apakah keperluan "browser" dan perisian yang perlu saya gunakan untuk ePerolehan?
- Saya adalah pengguna Internet Explorer 3.0 dan kenapa saya tidak dapat mendaftar atau memasuki laman web tersebut?
- Saya kerap menggunakan Internet dan saya dapati laman web anda mengambil masa terlalu lama untuk proses "download". Kenapa ia berlaku?
- Saya telah cuba memasuki laman web untuk mencipta ID Log masuk dan kata laluan untuk mendaftar dan juga perkhidmatan yang lain. Akan tetapi saya dapati laman web anda terlalu lambat untuk dilayari. Kenapa ia berlaku?
- Di mana boleh saya mendapat pertolongan sekiranya saya mempunyai sebarang masalah atau persoalan?
- Bagaimanakah saya boleh mengetahui status permohonan pendaftaran saya?
Soalan-soalan Am
S1. Apakah ePerolehan?
ePerolehan ialah satu sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal
menjual barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. Ia
merupakan sistem perolehan elektronik yang menghubungkan komuniti pembeli
dan penjual bersama-sama di dalam persekitaran yang selamat dan terjamin.
ePerolehan juga membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui
pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi internet.
S2. Siapakah Commerce Dot Com Sdn Bhd?
Commerce Dot Com adalah syarikat yang telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia
untuk membangun, menyelenggara dan mengurus sistem ePerolehan. Commerce Dot
Com merupakan pembekal perkhidmatan e-dagang bertaraf dunia bertempat di
Koridor Raya Multimedia (MSC). Dengan kejayaan perniagaan yang terbukti
dalam arena e-dagang, Commerce Dot Com dipilih untuk memberi kepimpinan
dalam perkhidmatan e-dagang di Asia.
Soalan-soalan Mengenai Pendaftaran
S3. Mengapakah saya perlu berdaftar dengan ePerolehan selain daripada
berdaftar dengan Kementerian Kewangan?
Dengan terlaksananya ePerolehan, Kementerian Kewangan telah menetapkan
dasar baru iaitu mewajibkan semua pembekal yang ingin berdaftar dengan
Kementerian Kewangan berdaftar dengan ePerolehan. Oleh kerana ePerolehan
merupakan sistem perolehan rasmi Kerajaan, segala perolehan semestinya
dilakukan melalui sistem ePerolehan ini.
S4. Bilakah saya perlu berdaftar dengan ePerolehan?
Pendaftaran dengan ePerolehan hanya perlu dibuat semasa membuat permohonan
pendaftaran baru, pendaftaran semula atau pembaharuan pendaftaran dengan
Kementerian Kewangan.
Sekiranya pendaftaran dengan Kementerian Kewangan masih sah, pembekal
tidak perlu berdaftar dengan ePerolehan sehingga 3 bulan sebelum tamatnya
tempoh sah laku. Pendaftaran dengan ePerolehan hanya perlu dibuat semasa
pembekal memperbaharui pendaftaran dengan Kementerian Kewangan.
S5. Bagaimanakah caranya untuk saya berdaftar dengan ePerolehan secara online?
Pendaftaran secara online boleh dilakukan dengan melawati laman web
www.eperolehan.com.my di mana
anda boleh mendapatkan Borang Pendaftaran
ePerolehan elektronik untuk membuat pendaftaran secara online.
S6. Apabila saya memasuki laman web ePerolehan, saya dapati banyak borang-borang yang boleh di "download". Borang manakah yang perlu saya "download"?
Ini terpulang kepada keperluan masing-masing. Walaubagaimanapun, kami
cadangkan anda "download" "Panduan Mengisi Borang Pendaftaran"
kerana panduan ini dapat membimbing anda atas cara-cara mengisi Borang
Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan secara atas talian. Sila pastikan
bahawa komputer anda mempunyai Adobe Acrobat Reader sebelum anda "download"
mana-mana borang. Jika anda tidak memilikinya, Adobe Acrobat Reader
disediakan untuk anda pada laman "Download".
S7. Bolehkah saya menggunakan borang pendaftaran Kementerian Kewangan yang lama?
Tidak. Kementerian Kewangan tidak lagi menerima borang pendaftaran yang lama. Borang ini juga tidak boleh diperolehi di kaunter. Semua pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah secara atas talian menggunakan Borang Pendaftaran yang terdapat di dalam sistem ePerolehan sahaja.
S8. Berapakah bayaran pendaftaran untuk permohonan baru/pembaharuan/permohonan pendaftaran semula?
Bayaran pendaftaran bagi semua jenis permohonan adalah RM310.00 (termasuk duti setem).
S9. Bila dan kepada siapakah saya perlu membayar yuran pendaftaran?
Anda hanya perlu membuat bayaran pendaftaran setelah Kementerian Kewangan meluluskan permohonan pendaftaran. Yuran pendaftaran berjumlah RM310.00 (termasuk duti setem) hendaklah dibayar dalam bentuk Draf Bank, Wang Pos, Kiriman Wang Pos atau cek kepada Commerce Dot Com Sdn Bhd. Anda juga perlu sertakan Surat Kelulusan daripada Kementerian Kewangan bersama-sama bayaran anda.
S10. Pendaftaran saya adalah dengan Kementerian Kewangan; kenapa saya perlu membuat pembayaran kepada Commerce Dot Com?
Sistem ePerolehan merupakan satu daripada aplikasi perdana MSC di bawah dasar pembangunan kerajaan elektronik. Kementerian Kewangan pula sebagai agensi utama yang bertanggungjawab melaksanakan sistem ePerolehan telah melantik Commerce Dot Com untuk membangun dan menyelenggara sistem ePerolehan ini secara BOT (Bina, Kendali dan Pindah) di mana pihak Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan pembangunan. Oleh itu, yuran pendaftaran yang dibayar kepada Commerce Dot Com ini sebenarnya adalah kos untuk membiayai sebahagian kos pembangunan, penyelenggaraan dan operasi sistem ePerolehan.
S11. Bilakah saya boleh mengambil bahagian dalam ePerolehan?
Projek ePerolehan ini dilaksanakan di dalam empat fasa. Oleh itu pembekal akan dapat mengambil bahagian dalam ePerolehan mengikut fasa-fasa yang ditetapkan. Para pembekal Kontrak Pusat akan dapat mengambil bahagian dalam ePerolehan untuk menjual produk dan perkhidmatan mereka dalam Fasa 1 dan Fasa 2. Pembekal Kontrak Pusat perlu diperbolehkan (enabled) dahulu sebelum dapat berurusan dalam ePerolehan. Apabila perkhidmatan Fasa 2 dilancarkan, para pembekal yang layak untuk mengambil bahagian dalam Pembelian Terus, Sebut Harga dan Tender akan diperbolehkan berurusan dalam ePerolehan.
Soalan-soalan Teknikal
S12. Apakah keperluan "browser" dan perisian yang perlu saya gunakan untuk ePerolehan?
Asas keperluan untuk "browser": Internet Explorer 4.0 dan ke atas, Cipher Strength 128 bit (sila klik pada "Help", kemudian klik pada "About Internet Explorer" untuk memeriksa Cipher Strength. Jika ianya kurang dari 128 bit, sila melawati laman web https://www.microsoft.com/windows/ie/download/128bit/default.asp bagi meningkatkan kapasiti Cipher Strength.
S13. Saya adalah pengguna Internet Explorer 3.0 dan kenapa saya tidak dapat mendaftar atau memasuki laman web tersebut?
Dengan menggunakan Internet Explorer 3.0 (build 4.7140.1158), ia tidak dapat menampung ciri-ciri keselamatan yang telah dibina untuk sistem ePerolehan. Anda perlu meningkatkan "browser" anda ke versi 4.0 atau ke atas.
S14. Saya kerap menggunakan Internet dan saya dapati laman web anda mengambil masa terlalu lama untuk proses "download". Kenapa ia berlaku?
Ini bergantung kepada bila dan di mana anda layari laman web. Sebagai contoh di Malaysia, masa yang paling sesuai adalah pada waktu pagi (di antara jam 3:00 pagi hingga 7:00 pagi) atau lewat petang (di antara jam 3:00 petang hingga 6:00 petang). Kami juga mencadangkan supaya anda menutup semua imej "downloading" di dalam set "browser" bagi mendapatkan hasil yang cepat.
S15. Saya telah cuba memasuki laman web untuk mencipta ID Log masuk dan kata laluan untuk mendaftar dan juga perkhidmatan yang lain; akan tetapi, saya dapati laman web anda terlalu lambat untuk dilayari. Kenapa ia berlaku?
Ini bergantung kepada bila dan di mana anda melayari laman web ePerolehan. Untuk menyenangkan proses "browsing", cuba elakkan waktu sibuk/pejabat seperti awal pagi atau lewat petang. Proses kemasukan data mungkin mengambil masa yang lama kerana informasi ini telah dienkripsikan dengan teknologi 128-bit (bergantung kepada versi "browser" anda), sebelum ia sampai ke server kami untuk tujuan keselamatan. Proses enkripsi banyak menggunakan kuasa pemprosesan PC dan server. Jadi, ia memakan masa yang lebih lama.
S16. Di mana boleh saya mendapat pertolongan sekiranya saya mempunyai sebarang masalah atau persoalan?
Sila hubungi Khidmat Pelanggan ePerolehan melalui nombor (03) 8312 2525 untuk mendapatkan bantuan berkenaan pendaftaran secara online atau sebarang soalan mengenai ePerolehan atau, anda juga boleh menghantar e-mel pertanyaan anda kepada bantuan@eperolehan.com.my. Untuk pertanyaan mengenai dasar atau polisi, dan status pendaftaran, sila hubungi Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan di talian (03) 2098 2121.
S17. Bagaimanakah saya boleh mengetahui status permohonan pendaftaran saya?
Anda boleh mengetahui status permohonan pendaftaran anda dengan cara log in ke sistem ePerolehan menggunakan log in ID dan katalaluan yang telahpun anda wujudkan semasa mengisi borang pendaftaran secara online.