Khamis, 22 Julai 2004
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman
English
Bahasa Melayu
 
Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» MyKatalog.com
» MAMPU

   
 
Buletin E-mel



Akaun eMel
ePerolehan
PERCUMA!

Klik untuk pendaftaran

Download
Borang Kursus ePerolehan 
disini

Dapatkan khidmat nasihat Pegawai Pembolehan ePerolehan secara PERCUMA.

Hubungi kami di:
03 8312 2525
atau
03 8312 2727
bantuan@eperolehan.com.my

Kementerian Kewangan dan Kementerian Tenaga, Komunikasi & Multimedia mula melaksanakan Sebutharga melalui Sistem ePerolehan  



25 Mac 2004 merupakan hari bersejarah bagi ePerolehan di mana Kementerian Kewangan telah menjadi Kementerian yang pertama dan diikuti dengan Kementerian Tenaga, Komunikasi & Multimedia yang membuat pesanan secara Sebutharga menggunakan ePerolehan. Ini membuktikan ePerolehan berjaya melangkah setapak kehadapan di mana sebelum ini hanya pembelian secara Pembelian Terus dan Kontrak Pusat sahaja yang melalui ePerolehan. 

Maklumat sebutharga/tender ini akan dipaparkan di Papan Kenyataan Sebutharga/Tender dari masa ke semasa. Klik di sini untuk melihat senarai sebutharga yang ditawarkan.  Hanya pembekal yang eP enabled sahaja yang dapat mengambil bahagian di dalam pelawaan sebutharga/tender tersebut.

Bagi pembekal-pembekal yang belum ePerolehan enabled diharap dapat berbuat demikian secepat mungkin jika tidak mahu ketinggalan dalam aktiviti pembelian seperti ini. Ini kerana, beberapa Kementerian lain telahpun memaklumkan hasrat mereka untuk melaksanakan sebutharga & tender melalui sistem ePerolehan dalam masa yang terdekat. Para pembekal digalakkan untuk hadir ke kursus Sebutharga dan Tender ePerolehan agar dapat menggunakan ePerolehan dengan lancar dan mudah.

Dengan mengikuti Kursus Sebutharga dan Tender ePerolehan, para pembekal dapat: 
  1. Memahami definisi Sebutharga & Tender, aliran kerja, proses dan fungsi yang terdapat dalam perolehan Sebutharga dan Tender.
  2. Memahami tentang proses penerimaan pelawaan untuk penyertaan Sebutharga.
  3. Melihat dan menyemak maklumat Sebutharga & Tender yang dipaparkan di Papan Kenyataan ePerolehan.
  4. Memahami tentang proses membuat bayaran dan memuat turun dokumen Tender yang diiklankan di Papan Kenyataan ePerolehan.
  5. Menyediakan kertas cadangan bagi Sebutharga dan Tender untuk proses penilaian. 
  6. Mencipta Pesanan Penghantaran bagi penghantaran produk dan Nota Pelaksanaan Perkhidmatan bagi perkhidmatan.
  7. Mencipta Invois bagi proses pembayaran. 
  8. Mengajukan permohonan bantahan ke atas Tender yang dikeluarkan. 
Bagaimana untuk  enablekan syarikat
anda?
Langkah 1:
Mendaftar dengan Kementerian Kewangan melalui ePerolehan
Langkah 2:
Memohon
Kad Pintar ePerolehan


Langkah 3:
Mendaftar untuk kursus ePerolehan

Langkah 4:
Memasukkan katalog ke dalam ePerolehan

Langkah 5:
Menyediakan perkakasan dan perisian

Untuk menjadi pembekal enabled dengan segera, isikan maklumat di bawah dengan membalas email ini atau fakskan ke 03 8312 2666. Pegawai daripada Unit Pembolehan ePerolehan akan menghubungi anda dengan secepat mungkin.

Saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang: (Sila nyatakan YA atau TIDAK)

 

Pendaftaran ke Kursus ePerolehan               

Permohonan Kad Pintar 

 

Permohonan Langganan Ruang Katalog

 

Permohonan Alat Pembaca Kad Pintar

 

Nama Syarikat:

 

No Sijil Kementerian Kewangan:

 

Pegawai Untuk Dihubungi:

 

No Telefon:

 

No Faks:

 

Emel: 

Emel bulletin ini di sampaikan kepada anda kerana alamat emel terdapat di dalam pengkalan data ePerolehan kami. Jika anda tidak ingin mendapatkan maklumat terkini dari ePerolehan, sila balas emel ini dengan mesej "unsubscribe" Penafian Polisi Anti-SPAM: Emel tidak dianggap spam selagi kami sertakan alamat maklumbalas dan cara pembatalan / pemansuhan penyertaan senarai emel. Pihak kami memohon maaf sekiranya emel ini dihantar tanpa diminta. Penghantaran akan dihentikan sebaik sahaja pihak kami dimaklumkan.

 
 Arkib