Sistem ePerolehan
mula menjadi pilihan Kementerian untuk mengeluarkan tawaran sebut
harga sejak kejayaan pengeluaran 3 sebut harga sebelum ini. Sebut harga
yang ke 4 ini telah dikeluarkan pada 14 April 2004 adalah daripada Kementerian
Perusahaan Utama yang kini dikenali sebagai Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi.
Sebut harga yang ditawarkan
ini adalah untuk membekal, menghantar, memasang, menguji dan menguji terima 30 unit komputer mikro, 1 unit wireless access point, 5 unit
wireless network interface card, 10 unit notebook dan 1 unit perisian
automasi pejabat kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan
Komoditi.
Maklumat sebutharga/tender ini ada dipaparkan di Papan Kenyataan
Sebutharga/Tender. Klik di
sini untuk melihat sebutharga yang ditawarkan. Hanya pembekal yang eP enabled
dan mempunyai kod bidang 210101,210104
sahaja yang dapat mengambil bahagian di dalam pelawaan sebutharga/tender
tersebut.
Bertindaklah dengan
segera. Jadilah pembekal enabled dan daftarlah ke Kursus Sebutharga dan
Tender ePerolehan untuk kemudahan di masa hadapan.
|