Jumaat, 26 Disember 2008 | |||||||||
|
|
||||||||
|
Soalan-soalan Lazim
S1.Apakah yang perlu saya lakukan sebagai persediaan untuk menggunakan sistem ePerolehan? Sebagai permulaan, anda perlu mendaftarkan syarikat anda dengan Kementerian Kewangan secara atas talian melalui sistem pendaftaran pembekal ePerolehan. Selepas itu, anda hendaklah memohon sekurang-kurangnya satu Medium Akses ePerolehan untuk menjalankan urusan perolehan secara atas talian dengan pihak Kerajaan.S2.Bilakah saya harus bersedia? Kementerian Kewangan telah pun mengeluarkan surat Pelaksanaan Perolehan Kerajaan Melalui Sistem ePerolehan S/K.KEW/PK/EP/1100/000000/143/23 Jld. 3(7) bertarikh 3hb Disember 2002 kepada semua pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk menggesa para pembekal supaya menyediakan infrastruktur bagi menggunakan sistem ePerolehan. Jika syarikat anda gagal membuat demikian, Kementerian Kewangan telahpun menyatakan bahawa anda mungkin kehilangan peluang untuk berurusniaga dengan pihak Kerajaan. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk bersedia secepat yang mungkin.S3. Apakah faedah-faedah menggunakan sistem ePerolehan? Proses perolehan secara atas talian akan memperbaiki kecekapan dan menawarkan masa pusingan yang lebih cepat dalam operasi perniagaan harian anda dengan pihak Kerajaan.S4. Apakah yang saya perlu buat jika saya bukan seorang pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan? Anda mesti membuat pendaftaran melalui ePerolehan. Sistem ePerolehan menawarkan permohonan dan pendaftaran untuk kedua-dua jenis permohonan Kontraktor dan Perunding.S5. Apakah latihan yang disediakan untuk menggunakan ePerolehan? Kami menyediakan latihan menyeluruh bagi semua modul-modul ePerolehan.S6. Bagaimana pula jika saya hanya membekalkan perkhidmatan? Adakah sistem ePerolehan disediakan untuk pembekal perkhidmatan? Ya, sistem ePerolehan sememangnya dibina khusus untuk pembekal-pembekal yang membekal samada produk, perkhidmatan atau kedua-duanya.S7. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya tidak mempunyai infrastruktur yang sewajarnya atau jika saya tidak tahu menggunakan sistem ePerolehan? Anda boleh menghubungi bahagian Khidmat Bantuan ePerolehan di talian 03-7985 7777 atau emel di bantuan@eperolehan.gov.my , untuk mendapatkan panduan bagaimana menyediakan syarikat untuk ePerolehan, ataupun anda boleh merujuk kepada mana-mana Pusat Perkhidmatan ePerolehan yang dilantik oleh Commerce Dot Com.
|
© Hakcipta Kerajaan Malaysia.
Diselenggarakan oleh Commerce Dot Com Sdn Bhd. Penafian Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer v6.0 ke atas. Dinasihati menggunakan resolusi paparan 800 x 600 ke atas dengan warna 16-bit. |