Isnin, 08 Oktober 2007 | |||||||||
|
|
||||||||
|
Kaunter Perkhidmatan ePerolehan & eP Shoppe
Pihak kami telah menubuhkan tiga buah Kaunter Perkhidmatan ePerolehan berlokasi di kompleks Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya, Sabah dan Sarawak. Selain daripada penubuhan Kaunter Perkhidmatan ePerolehan, pihak kami juga turut menubuhkan eP Shoppe di Petaling Jaya. Objektif penubuhan Kaunter Perkhidmatan ePerolehan dan eP Shoppe adalah sebagai usaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami serta bagi membantu para pembekal untuk berurusan dengan pihak Kerajaan melalui transaksi perolehan barangan dan perkhidmatan Kerajaan melalui sistem ePerolehan. Ianya juga adalah bagi menampung keperluan pendaftaran semasa, berikutan kepada peningkatan bilangan pendaftaran pembekal di seluruh negara. Dengan penubuhan Kaunter Perkhidmatan ePerolehan dan eP Shoppe, pihak kami yakin dapat memberikan perkhidmatan-perkhidmatan dengan lebih efisien, iaitu sejajar dengan arahan Perbendaharaan untuk memansuhkan urusan bekalan barangan dan perkhidmatan secara manual:
Perkhidmatan dan Kadar Bayaran |
© 2000-2005 Commerce Dot Com Sdn Bhd.
Semua hakcipta terpelihara. Syarat-syarat Perkhidmatan
|