Ahad, 22 Mac 2009
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman Aktiviti eP
English
Bahasa Melayu
 






Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Tatacara Akhir Tahun
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan
» Surat Pekeliling

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» eCat
» MAMPU
» Tender2U
» Unit ePerolehan
» eKL
» myGovernment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.
   


 
Soalan-soalan Lazim

 Soalan-soalan Am
  1. Apakah ePerolehan?
  2. Siapakah Commerce Dot Com Sdn Bhd?
  3. Di mana boleh saya mendapat pertolongan sekiranya saya mempunyai sebarang masalah atau persoalan?

 
 Soalan-soalan Mengenai Pendaftaran
  1. Mengapakah saya perlu berdaftar dengan ePerolehan selain daripada berdaftar dengan Kementerian Kewangan?
  2. Bilakah saya perlu berdaftar dengan ePerolehan?
  3. Bagaimanakah caranya untuk saya berdaftar dengan ePerolehan secara online?
  4. Apabila saya masuk ke laman web ePerolehan, saya dapati banyak borang-borang yang boleh dimuat turun. Borang manakah yang perlu saya muat turun?
  5. Bolehkah saya menggunakan borang pendaftaran Kementerian Kewangan yang lama?
  6. Berapakah bayaran pendaftaran untuk permohonan baru/pembaharuan/permohonan pendaftaran semula?
  7. Bila dan kepada siapakah saya perlu membayar yuran pendaftaran?
  8. Pendaftaran saya adalah dengan Kementerian Kewangan, kenapa saya perlu membuat pembayaran kepada Commerce Dot Com?
  9. Bagaimanakah saya boleh mengetahui status permohonan pendaftaran saya?
 
 Soalan-soalan Mengenai Medium Akses ePerolehan – ePXS
  1. Apakah ePXS USB Crypto Token?
  2. Apakah kelebihan ePXS USB Crypto Token?
  3. Bagaimana saya boleh mendapatkan ePXS USB Crypto Token dan bagaimana cara mengaktifkannya?
  4. Bagaimanakah ePXS USB Crypto Token boleh menjamin transaksi yang sah dan selamat dalam mengakses sistem ePerolehan semasa menjalankan urusniaga di atas talian dengan agensi Kerajaan?
  5. Sekiranya ePXS USB Crypto Token hilang, apa tindakan yang perlu saya lakukan?
 
 Soalan-soalan Teknikal
  1. Apakah keperluan pelayar web (browser) dan perisian yang perlu saya gunakan untuk ePerolehan?
  2. Saya telah cuba memasuki laman web untuk mencipta ID Log masuk dan kata laluan untuk mendaftar dan juga perkhidmatan yang lain akan tetapi saya dapati laman web anda terlalu lambat untuk dilayari. Kenapa ia berlaku?
 
Pautan Berkaitan: Soalan-soalan lazim persediaan untuk menggunakan ePerolehan


Soalan-soalan Am

S1. Apakah ePerolehan?
ePerolehan ialah satu sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menjual barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. Ia merupakan sistem perolehan elektronik yang menghubungkan komuniti pembeli dan penjual bersama-sama di dalam persekitaran yang selamat dan terjamin. ePerolehan juga membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet.
S2. Siapakah Commerce Dot Com Sdn Bhd?
Commerce Dot Com adalah syarikat yang telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk membangun, menyelenggara dan mengurus sistem ePerolehan.
S3. Di mana boleh saya mendapat pertolongan sekiranya saya mempunyai sebarang masalah atau persoalan?
Sila hubungi Khidmat Pelanggan ePerolehan melalui nombor 03-7985 7777 untuk mendapatkan bantuan berkenaan pendaftaran secara atas talian atau sebarang soalan mengenai ePerolehan atau, anda juga boleh menghantar e-mel pertanyaan anda melalui bantuan@eperolehan.gov.my. Untuk pertanyaan mengenai dasar atau polisi, dan status pendaftaran, sila hubungi Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan di talian 03-8882 3218 / 03-8882 3166.

Soalan-soalan Mengenai Pendaftaran

S4. Mengapakah saya perlu berdaftar dengan ePerolehan selain daripada berdaftar dengan Kementerian Kewangan?
Dengan terlaksananya ePerolehan, Kementerian Kewangan telah menetapkan dasar baru iaitu mewajibkan semua pembekal yang ingin berdaftar dengan Kementerian Kewangan hendaklah berdaftar dengan ePerolehan. Oleh kerana ePerolehan merupakan sistem perolehan rasmi Kerajaan, segala perolehan semestinya dilakukan melalui sistem ePerolehan ini.
S5. Bilakah saya perlu berdaftar dengan ePerolehan?
Pendaftaran dengan ePerolehan hanya perlu dibuat semasa membuat permohonan pendaftaran baru, pendaftaran semula atau pembaharuan pendaftaran dengan Kementerian Kewangan. Sekiranya pendaftaran dengan Kementerian Kewangan masih sah, pembekal tidak perlu berdaftar dengan ePerolehan sehingga 3 bulan sebelum tamatnya tempoh sah laku. Pendaftaran dengan ePerolehan hanya perlu dibuat semasa pembekal memperbaharui pendaftaran dengan Kementerian Kewangan.
S6. Bagaimanakah caranya untuk saya berdaftar dengan ePerolehan secara atas talian?
Pendaftaran secara atas talian boleh dilakukan dengan melawat laman web www.eperolehan.gov.my di mana anda boleh mendapatkan Borang Pendaftaran ePerolehan elektronik.
S7. Apabila saya masuk ke laman web ePerolehan, saya dapati banyak borang-borang yang boleh dimuat turun. Borang manakah yang perlu saya muat turun?
Ini terpulang kepada keperluan masing-masing. Walau bagaimanapun, kami cadangkan anda memuat turun "Panduan Mengisi Borang Pendaftaran" kerana panduan ini dapat membimbing anda kepada cara-cara mengisi Borang Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan secara atas talian. Sila pastikan bahawa komputer anda mempunyai Adobe Acrobat Reader sebelum anda memuat turun mana-mana borang. Jika anda tidak memilikinya, Adobe Acrobat Reader disediakan untuk anda pada skrin muat turun.
S8. Bolehkah saya menggunakan borang pendaftaran Kementerian Kewangan yang lama?
Kementerian Kewangan tidak lagi menerima borang pendaftaran yang lama. Borang ini juga tidak boleh diperolehi di kaunter. Semua pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah secara atas talian menggunakan Borang Pendaftaran yang terdapat di dalam sistem ePerolehan sahaja.
S9. Berapakah bayaran pendaftaran untuk permohonan baru/pembaharuan/permohonan pendaftaran semula?
Bayaran pendaftaran bagi semua jenis permohonan adalah RM450.00. Pendaftaran adalah sah untuk 3 tahun.

S10. Bila dan kepada siapakah saya perlu membayar bayaran pendaftaran?
Anda hanya perlu membuat bayaran pendaftaran setelah Kementerian Kewangan meluluskan permohonan pendaftaran. Yuran pendaftaran berjumlah RM450.00 hendaklah dibayar dalam bentuk Draf Bank, Wang Pos, Kiriman Wang Pos atau cek kepada Commerce Dot Com Sdn Bhd.
S11. Pendaftaran saya adalah dengan Kementerian Kewangan, kenapa saya perlu membuat pembayaran kepada Commerce Dot Com?

Sistem ePerolehan merupakan satu daripada aplikasi perdana MSC di bawah dasar pembangunan kerajaan elektronik. Kementerian Kewangan pula sebagai agensi utama yang bertanggungjawab melaksanakan sistem ePerolehan telah melantik Commerce Dot Com untuk membangun dan menyelenggara sistem ePerolehan ini secara BOT (Bina, Kendali dan Serah). Oleh itu, bayaran pendaftaran yang dibayar kepada Commerce Dot Com ini sebenarnya adalah kos untuk membiayai kos pembangunan, penyelenggaraan dan operasi sistem ePerolehan.
S12. Bagaimanakah saya boleh mengetahui status permohonan pendaftaran saya?
Anda boleh mengetahui status permohonan pendaftaran anda dengan cara log masuk ke sistem ePerolehan menggunakan ID log masuk dan katalaluan yang telahpun anda wujudkan semasa mengisi borang pendaftaran secara atas talian atau hubungi Khidmat Pelanggan dan sertakan nombor rujukan permohonan.

Soalan-soalan Mengenai Medium Akses ePerolehan – ePXS

S13. Apakah ePXS USB Crypto Token?
Ia adalah suatu medium alternatif kepada penggunaan kad pintar untuk mengakses sistem transaksi ePerolehan.
S14. Apakah kelebihan ePXS USB Crypto Token?
Penggunaan ePXS USB Crypto Token tidak memerlukan alat pembaca kad pintar, ia boleh terus disambungkan ke port USB di komputer.
S15. Bagaimana saya boleh mendapatkan ePXS USB Crypto Token dan bagaimana cara mengaktifkannya?
Anda perlu membuat pesanan terlebih dahulu melalui https://SAS.commercedc.com.my/SAS/userlogin.asp atau datang ke kaunter ePerolehan samada di Petaling Jaya, Putrajaya, Kota Kinabau, atau Kuching.

Setelah anda mendapat ePXS Crypto Token, anda perlukan nombor pengesahan atau PIN yang perlu didapati secara online di laman web di, https://SAS.commercedc.com.my/SAS/userlogin.asp
S16. Bagaimanakah ePXS USB Crypto Token boleh menjamin transaksi yang sah dan selamat dalam mengakses sistem ePerolehan semasa menjalankan urusniaga di atas talian dengan agensi Kerajaan?
Fungsi keselamatan sama seperti yang terdapat pada kad pintar, di mana sijil digital digunakan sebagai pengenalan, pensahihan dan pengesahan identity pengguna oleh sistem. Dengan menggunakan sijil digital, semua urusniaga akan dianggap sah di sisi undang-undang, dan semua transaksi data akan dienkrip menggunakan teknologi enkripsi 128-bit.
S17. Sekiranya ePXS USB Crypto Token hilang, apa tindakan yang perlu saya lakukan?
Anda perlu melaporkan segera kepada CDC kerana pihak CDC perlu membatalkan akses supaya ia tidak dapat digunakan oleh orang lain.

Soalan-soalan Teknikal

S13. Apakah keperluan pelayar web (browser) dan perisian yang perlu saya gunakan untuk ePerolehan?
(Sila rujuk laman Keperluan Sistem.)
S14. Saya telah cuba memasuki laman web untuk mencipta ID Log masuk dan kata laluan untuk mendaftar dan juga perkhidmatan yang lain akan tetapi saya dapati laman web anda terlalu lambat untuk dilayari. Kenapa ia berlaku?
Ini bergantung kepada bila dan di mana anda melayari laman web ePerolehan. Proses kemasukan data mungkin mengambil masa yang lama kerana informasi ini telah dienkripsikan dengan teknologi 128-bit (bergantung kepada versi pelayar web anda), sebelum ia sampai ke server kami untuk tujuan keselamatan.
atasKembali ke atas